Tuesday 19 February 2013

Miss my schoolmate :')

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera blogger(s) and reader(s) sekalian ! :D
Wahh dah lama myra tak berblogging nih. Lamanya tak hupdate! Fuh fuh .
Emm berhabuk dah. Macam baru lepas buka kotak harta karun dha!
Rindu sangat nak update blog. Tapi selalu masa mencemburui myra!
Al maklumlah busy dengan kerja sekarang nih. 
Kadang-kadang kena overtime. Dah malam baru sampai rumah -.-
What a sad life :'(

Harini even myra tak berapa sihat, kepala pun berat je, tp myra tetap nak gagahkan diri untuk update blog.
Memandangkan myra ada something special yang nak di ceritakan.
Since haritu lagi myra asyik teringat dekat classmate myra. Hmm.
And salah seorang kwn baik myra, Adam ada cadangkan untuk buat reunion. Such a great idea :'D
I miss them so much. Hope apa yang dirancangkan tu menjadi.

Harini myra belek-belek gambar kat facebook. Al-maklumlah myra ni stalker tegar! Haha.
Lepas belek gambar facebook kwn myra, tetibe terlintas nak tengok album mira sendiri.
Actually tengok gambar yg org tag kat myra. *kejadahanya nak stalk gambar sendirikn -,-*
Myra belek gambar masa sekolah dulu. 
Belek-belek lagi, tetibe jumpa video masa zaman sekolah dulu.
Yang di edit khas oleh kwn sekelas myra, Farah Hidayu. 
Dah lah lagu bapak punye sedih. Sayu pulak hati myra tengok kenangan masa sekolah dulu.
Sepanjang myra mainkan video tu, myra tersenyum, adakalanya myra ketawa sorang-sorang.
Hmm rindunyeee zaman sekolah dulu ! :')
Sampailah hujung-hujung video tuh, ada terselit url blog parra ( http://fara-missorange.blogspot.com )

Baru myra teringat, farah pun ada blog jugak. Myra pun usha lah blog dia nih.
Okay, parra dah lama tak update blog. Kebanyakkan dia update masa lepas spm dulu.
Sampailah terjumpa satu entry ni yang bertajuk "SuKa SuKi SahaBATku 2010".


Myra baca dari atas sampailah bawah. Dia cerita pasal kwn sekelas dia.
And yang paling myra tak sangka skali, dia ada selitkan pasal myra jugak :')




Bayangkan, dia post entry tu pada hari Khamis, 30 Disember 2010.
Myra baru perasan pada harini 20 Februari 2013!
Heyy korang kira lha dah berapa tahun tuh. Hahaha. Baru sekarang myra perasan.
Okay my bad -.-
Seriously myra memang tak sangka parra ada selitkan pasal myra.
Terharu sangat-sangat. Baru-baru ni pun dia ada update status kat facebook.
Cakap rindu masa kat skolah dulu. Main sorok botol myra.
Hhahaaa. Parra parra, suka nyakat orang tau.

Buat adik-adik yang masih sekolah lagi tuh, hargailah zaman skolah dengan sebaiknya.
Bila dah tua bangka macam akak ni baru tau erti rindu zaman sekolah dulu.
Zaman sekolah lah zaman terbaik yang pernah myra lalui. Nak di bandingkan dengan zaman- zaman lain, memang tak boleh di tandingilah!
Kawan skolah semuanya ohsem. Kawan sekelas myra semua baik-baik.
Hmm really miss them so much ;'(
Hmm agak-agak korang semua rindu aku tak?

Nota kaki :- Parra, thanks tau sebab jadi kwn aku. Dari kita sama kelas masa darjah satu, sampailah skarang. Aku sayang kau weh? :'D
Ohh sorry sebab kau baru perasan pasal entry kau tuh. Thanks sebab selitkan pasal aku jugak!
Tak sangka weh! Waa betul betul terharu. Muahmuah! Sayang kau :*





Saturday 2 February 2013

Driving Class

Bismillah.
Assalamulaikum and salam sejahtera kepada blogger(s) and reader(s) sekalian!
Happy weekend and how's your day?
Buat kaum hawa mesti luangkan masa hari minggu korang utk shopping kat mall kn? Hmm as usual. Perempuann lah katakan. Haha.
Si kaum adam yg dapat BR1M tu *Bantuan Rakyat 1 Malaysia*, jangan belanja sorang je. 
Tu anak bini family semua kena bg jugak sikit. Tambah pulak si bini nak shopping tu haa. Hihi.
Hmm myra pulak? Apa myra buat pada hari ahad?
Ohh harini bad news sebab kena kerja. So di kira ot lah.
Dan tak lupa good news, bg myra lah. Bg org lain tatau lah.
Today is my driving class! Hoorayyy!




Setiap sabtu dan ahad myra akan ke kelas memandu.
In fact, harini cukuplah 10 jam myra akan belajar memandu.
Hari khamis 7hb Februari akan buat test jpj.
Mudah-mudahan lepaslah. Amin :'D

Kenapa cerita pasal driving class?
Ekceli kelas memandu ni salah satu aktiviti yg myra gemari.
Seghonok gile kot bawak kereta nih. Hehe.
Orang selalu ckp, kalau mula-mula bawak kereta memang best.
Nanti dah lama-lama nak muntah bawak kereta -____-"

Okay whatever. I still love it! Bila sebut ambik lesen memandu ni.
Korang akan fikir budak ni lepasan spm. Budak ni lepasan spm.
Tengok pulak dia ni mmg takde ghupe umur puluhan lagi.
Keji kau nak. Mak baru nak amek lesen. Tp umur dah 20 dah. Haha.
Bila tengok kengkawan lain amek lesen lepas spm, teringin sesangat.
Tapi ada masalah kewangan and myra tak suka mintak duit kat mak abah.\
Apa yg myra nak myra kena kumpul duit sendiri. And baru skarang boleh ambik.
Duit pun ada, masa pun ada. Alhamdulillah.

Banyak pengalaman yg myra lalui sepanjang myra berada kat kelas memandu tu.
Apa yang menggelikan hati, al kisah mamat sorang ni. 
Ingat! Kelas memandu bukan tempat agen mencari jodoh yeh Haha.
Semalam myra drive kat atas jalan raya dan dalam tempat latihan tu.
Habis je buat latihan atas jalan raya selama sejam, myra pun buat latihan dalam tempat latihan tu.
Lepas try parking, buat pulak 3 penjuru, lepastu naik turun bukit. Best woo! :D
Ulang alik buat benda yang sama. Sambil beratur tunggu turn buat 3 penjuru tu,
myra pun cuci lah mata tengok sekeliling. Tgk org jerit-jerit lah kat budak yg bawak lori tu.
Ada yang mati enjin lah. Tetibe ada sorang mamat ni tengok myra dari jauh.
Myra pandang lah tempat lain. Lepastu pandang dia balik. Eh dia tengok lagi.
"Dia ni tengok aku ke tengok org lain? Tengok org lain kot." Mengomel sorang-sorang dalam kereta mcm org tak betul. Nasib baik takde org nampak --'
Dha nak sampai turn myra utk buat 3 penjuru tu, ada kereta ni slow je lalu dari depan.
Eh mamat tu lagi lah! Hahahaha.
Dia pandang je. Myra pun terkebil-kebil pandang dia. Biar betik dia ni. Usha sampai mcm tu skali.
Selalunya bila org pandang kita, kita pandang dia balik, dia akan kalih ke tempat lain kn?
Ini tak, memang berani mati pandang myra mcm tu.
Lepastu dia mcm nak senyum. Myra pun err err nak senyum ke taknak?
Myra pun tersenyum sikit kat dia *shy shy cat*. Okay takpekan senyum? Bukan ada niat apa apa pun.
Dapat pahala lagi adalah kn? Kihkih.
Tetibe terus myra fikir. 
"Muka mamat ni macam familiar lah. Pernah kenal ke? Kawan aku ke dulu? Asal mcm pernah tgk je?"
Mengomel lagi sensorang dalam kereta mcm org gile --'
Oh ye baru myra teringat. Ghupenye mamat tu pernah satu kelas dengan myra masa dengar ceramah dulu.
Cehhh! Patutlah dia senyum. Time kt kelas pun dia ada pandang. Tp takde pulak nak senyum -..-
Lepas kejadian yg menimpa myra tu terus myra rasa nak gelak. 
Tp kang org tgk myra gelak sensorg, kata tak siuman pulak.
Jadi gelak jela tahan-tahan sampai merah padam muka. Hahahaha.

Sekian.

p/s: Harini hari last memandu. Sedih sedih! :(




COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik Asmira Zulkafli