Sunday 20 January 2013

For the first time having a photoshoot :D

Assalamualaikum and hai sweet blogger(s) and reder(s) sekalian .
Apa khabar? Sihat? Dah makan ke belum? Dah mandi? Tak keluar ke harini?
Haa tu soalan yang common di tanya masyarakat kita ni haa kan?
Okay abaikan permulaan entry myra yang agak sengal tu. Hee.
Oh ye, myra dah lama tak hupdate blog.
Semenjak dah start praktikal ni myra banyak habiskan masa di ofis.
Dah balik dari ofis, tgk tv lepastu tunaikan kewajipan.
Haa kewajipan tu bukan stakat mandi, solat, makan je.
Termasuklah tidur. Kihkih.
So myra memang takde masa nak hupdate blog ni.
Memandangkan harini ada masa terluang, myra spent time utk hupdate blog ni.
But unfortunately I don't have any idea for my latest entry.

So myra fikir punya fikir. Okay myra nak hupdate pasal aktiviti myra semalam.
Iaitu PHOTOSHOOT :D
Myra sangatlah excited bila kawan myra ajak photoshoot untuk dia punya assignment.
Haha assignment je pun.
Bukannya untuk iklan commercial :p
Myra tak kisah, myra setuju je. Sebab myra memang teringin nak photoshoot.
Dia ada jugak google macam mana nak posing semua.
So myra try lah sikit-sikit. Malu and janggal sebab tempat yg kitorg shoot tu mmg open.
Pose punya pose, gambar myra taklah sebagus mana.
Baru myra tahu, susahnya nak pose and buat mimik muka ni!

So myra tabik spring dekat jiran sebelah rumah model-model berhijab!
Eh kenapa berhijab? Sbb myra kan berhijab jugaa. Huhu.


Banyak lagi yang myra kena belajar. Ni baru first photoshoot.
Harap lepasni boleh hasilkan gambar yang lebih baik lagi :)






Gambar ni nampak matured . Nampak sangat aku dah tua -..-




Practice make perfect!




Wednesday 9 January 2013

How to improve #ohmyenglish ?

Assalamualaikum and salam sejahtera salam 1 Malaysia untuk blogger(s) and reader(s) sekalian :)
Harini myra semangat nak update blog biarpun badan letih baru balik kerja :3
Idea menjelma ketika myra duk berangan atas kerusi opis hehe :p

Tajuk yang myra nak bincangkan sangat simple.
Jangan risau pastinya takkan buat korang pening nak fikir, 
susah hati, nak menangis dan sewaktu dengannya .




Korang semua terer tak kalau suruh "speaking"?
Kalau terer, masa spm dulu BI korang dpt berapa?
A atau B atau C atau D atau  E blablabla atau Z ? --'
Actually, tahap kebijaksanaan korang dalam bertutur dalam bahasa inggeris ni bukan di ukur semasa korang menduduki peperiksaan awam. *wah ayat skemanyewww :3
Tak bermakna korang dapat gred yang bagus dalam exam means
"AKU PANDAI ENGLISH. KALAU AKU SPEAKING MCM ORG GERMAN!"
Haa jangan bongkak sangat ye nak laungkan ayat mcm kat atas ni.
Mak jemah ketuk kepala dengan senduk nanti -.-




Sejauh mana korang boleh "speaking" dengan bagus?
Kalau stakat dpt gred A je dalam exam, tp speaking korang mcm ayam berkokok 
*eh ayam pandai speaking ke ? --' 
Baik korang humblekan diri tu and try apa yg myra akan suggestkan ni :)

Pengumuman buat rakyat jelata sekalian, 
disini beta nak umumkan bagaimana caranya rakyat jelata mahu tingkatkan bahasa inggeriss :D

Myra bukanlah org yang perfect nak speaking dengan bagus. Tapi sedikit sebanyak dapat membantu myra untuk tingakatkan lagi pemahaman myra dalam bahasa inggeris.
Ada juga yang bertanya

"Macam mana kau belajar omputih ni?"
"Macam mana nak cakap omputih dengan betul?"
"Macam mana kau boleh paham omputih?"

Di sini myra akan bongkarkan rahsia kecantikkan turun temurun  macam mana nak tingkatkan pemahaman dan tutur bicara bahasa inggeris! *Pergghh mmg skema habis ayat aku. Kalah cikgu bm -.-*

Pertama :
Myra tahu korang pasti akan suka yang ni. Kalau bab membaca mesti korang malas gile yedak?
So yang membaca tu kita abaikan biarkan dulu. Tolak tepi dulu k :)
Korang suka dengar radio and muzik kan?
Bagi myra lah kan, korang semaikan sifat utk dengar radio siaran Hitz.fm ke Fly.fm ke.
Bila korang slalu dengar radio omputih, nanti lama-lama korang akan melekat dgr siaran tu.
Korang jugak akan paham sikit-sikit tentang iklan and apa yang dj radio tu cakap.
Bagi yang suka download lagu tu, korang cuba download lagu latest-latest yang sedap didengar.
Tapi make sure lah korang download lagu omputih k.
Cuba selalu dengar lagu tu :)

Kedua :
Bila dah download lagu omputih tu, korang mesti ada nafsu nak nyanyi kan? Haha
Korang cuba dengar sebutan dia and korang tulis lirik dia.
Dulu masa sekolah, myra buat mcm tu. Bila myra dapat tangkap ayat dia, myra akan pause lagu tu.
And myra akan tulis. Sampailah lagu tu habis 
*letih jgk main pause lagu ni sbb bila tak dpt kena repeat balik -..-*
Kadang-2 tu memang merepek gile ayat myra tulis tu.
Kalau korang carik dalam kamus dewan pun takkan jumpe maksud dia.
Apatah lagi google translate, mau "system error" dibuatnye. Kihkih.

Ketiga :
Dah tulis full lirik dia? Then korang google pulak lirik sebenar lagu tu.
Cuba bezakan lirik sebenar dengan lirik gubahan korang sendiri yang merapu tu. 
Mesti banyak bezakan? Takpe! Korangkan sedang belajar ;)

Keempat :
Dah jumpe lirik yang sebenar? Apa lagi. Korang melalak lah.
Bila korang selalu menyanyi lagu tu, sedar tak sedar korang punya "pronunciation" 
macam mat/minah saleh woo! Pfffttt.
Nak lebih berkesan lagi? Korang nyanyi lagu rap. Ikut rap dia sampai dapat!
Kalau dah dapat? Sila tepuk tgn utk diri sendiri :D

Kelima :
Dah layan lagu semua, cerita mesti masuk jugakkan? Haa layanlah pulak drama bersiri penuh mesteri atau movie omputih. Kan kat bawah dia ada subtitle?
Anok-anok, janganlah baca subtitle semata-mata.
Ace korang pahamkan apa dia cakap then baca subtitle dia.
Haa baru ada kelas cuollsss!

Keenam :
Last but not least, walau macam mana sekalipun, buku jangan diabaikan.
Sebab ilmu ni sangat luas. Bukan setakat dengar lagu layan movie je boleh improve omputih korang tu.
Dengan tu je tak cukup sayang-sayang ku :)
Korang tetap kena mambaca. Pilihlah nak baca newspaper ke, buku cerita ke,
komik ke, animasi ke. Apa-apa jelah! Asalkan full english okay?!.
Tak mustahil korang akan bijak bertutur omputih.
InsyaAllah ;)


Sekian sampai disini saja. Harap sedikit sebanyak dapat membantu korang ye?!
Tak salah kita share ilmukan?
Yang baik datangnya dari Allah, dan yang sebaliknya datang dari diri myra sendiri.
Maaf sekiranya myra ada buat silap.
Ampunkan mak nokk . Hehe.
Kbyebye ;)



Sunday 6 January 2013

Alamak secret admirer ?

Ehem ehem.
Testing-testing.
*Menaip sambil mendengar lagu Monster-BigBang. Motif? -.- Okay abaikan"

Assalamualaikum and hai cuollsss sekalian!
Apa khabar hari  minggu korang?
Tak keluar shopping ke atau beriadah bersama keluarga and kawan-kawan?
Myra? Ahaha myra duduk kat rumah je (T.T)
Al maklumlah tiap-tiap hari ahad myra buat part time jadi baby sitter :3

Okay harini myra dapat idea *actually bukan harini tp beberapa hari yang lepas. Malas nak update hihi*
Tajuk entry myra kalini di tujukan kepada semua golongan tak kira muda mudi tua tui perempuan perempuai lelaki lelakii ataupun sebagainya. 
Tak semestinya yang muda je ada secret admirer yedak? Kihkih.
Tapi iainya tiada kena mengena yang masih hidup atau yang sudah meninggal. *Eceh macam nak buat movie pulak -.-*
"Secret Admirer" tu apa maksud dia?
Di alu-alukan bertanya kepada incik google translate lah ye atau bukak kamus dewan atau ah suka korang lah pandai-pandai carik maksud dia sendirik! *sigh --'*





"Saya suka awak. Awk kemana pun saya akan intai awak. Wuwuwuwu"

Korang ada secret admirer tak?
Kalau ada macam mana ?
Kalau korang single and ada secret admirer. It's perfect!
Tapi kalau korang dah ada gepren/beperen tapi ada secret admirer? Oh gosh!
Tu satu masalah. Bukan apa, mungkin korang akan lukakan hati salah sorang samada gepren/bepren korang atau secret admirer korang tu. Hmm.
Sedihkan? Bukan korang mintak pun nak jadi macam tu. So it's okay.
Jodoh semua di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menetukan segalanya :')

"Saya dapat kad dari secret admirer? Tapi siapa?"

Jalan penyelesaiannye :

Taknak lah dekat secret admirer tu. Aku sayang gepren/berpren aku!


Caption? No idea. Muahaha.


1. Ehem kalau korang pilih pujangga hati korang tu, sebaiknya korang JAUHKAN DIRI korang tu dari secret admirer tu. Okay myra highlightkan balik ayat tadi tu. JAUHKAN DIRI! *skema habis ayat aku -.-*

2. Kalau dia mintak nombor ke mintak pape jela supaya dapat kontek dengan korang tu, better TAK PAYAH BAGI lah.  Bukan apa, mungkin korang akan bagi harapan kat dia untuk dia dekatkan diri dia kat korang tu.

3. Kalau dia masih nak dekatkan diri kat korang? Alamak macam mana ni? Alah senang je. Korang terus terang je kat dia yang korang tu dah berpunya. Alang-2 korang cakap
"AKU DAH KAHWIN ANAK LIMA!"
 Muahahaha. *Teruk betul idea aku bagi ni kan? -..-*

4. Kalau secret admirer korang tu datang ajak bersembang ke apa, korang BUAT BODOH JE.
Buat macam dia cakap dengan tunggul.
Haa yang tunggul tu koranglah. Teeetttt haha.
Jangan marah ye :p

5. Kalau masih lagi nak rapat, mak jemah cadangkan korang AMEK PARANG asah depan bijik mata dia. Haaa kompem dia cabut lari taknak kat korang lagi. Kihkih :p


Tapi kalau korang pilih secret admirer korang tu and bukan gepren/bepren korang --'




Lelaki: "Saya suka awak"
Perempuan: "Saya suka awak"
*Dialog dalam hati*

1. Alamak korang pilih secret admirer tu? Why why? Tell me why? :O
Yelah kadang-2 Tuhan nak bagi orang yang lebih baik.
Mungkin gepren/bepren korang tu tak layan korang sebaiknya. Tak sefahaman.
Dan sebagainyalah! Biasalah kita hanya mampu merancangkan? :')
Myra rasa lebih baiklah korang dengan secret admirer tu berkawan terlebih dahulu.
KENAL HATI BUDI MASING-MASING. Jangan gatai sgt nak teruih kapel! Bla bla bla.

2. CUBA MEMAHAMI DIRI DIA. Adakah korang rasa serasi dengan dia?
Jangan nak kapel dengan dia semata-mata nak tutup kesedihan korang tu.
Tu bukan langkah yang terbaik k!

3. BERSYUKUR! Seharusnya korang rasa bersyukur sebab
Tuhan kurniakan pengganti yang lebih baik dari yang dulu.
So korang jagalah hati dia and cuba bertolak ansur ;)

4. DON'T REPEAT THE SAME MISTAKE. Mungkin dalam hubungan sebelum ni ada silapnya datang dari diri korang sendiri.
Tak semestinya salah ex korang je.
So apa yang korang patut lakukan, perbaiki kelemahan diri!
*Sambil bercakap dengan nada penuh berfalsafah*

Okay done! Sampai disini saja entry myra pada kalini, Harap apa yang myra duk mengomel tadi tu sedikit sebanyak dapat membantu korang k.
Nyway, sorry kalau sepanjang myra duk bercakap-cakap tadi ada terkasar bahasa atau mengguris prasaan korang.
Macam myra cakap tadi, entry ni takde kena mengena dengan sesiapa.
Cuma idea datangnya secara tiba-tiba.
Takde kena mengena dengan myra jugak.
Myra ada secret admirer? Oh nom nom nom.
Dulu time sekolah dulu adalah. Skarang mak jemah dah tua krepot takde sape nak.
Hahahaha. Okay dats all.
Laporan di bawa khas daripada mak jemah yang vogue lagi diva. Kbai.

Credit to Incik Google sebab kasi pinjam gambar-gambar kat atas tu. Hee (^_^)v



Thursday 3 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Ehem ehem..
Assalamualaikum ya habibi ya maulana.
Anta semua apa khabar?
Alhamdulillah ana sangat sihat. Sihat sampai badan makin chubby giteww *okay ayat wempitz mencik!
Hairan aku duduk rumah ke pergi kerja ke sama je berat  badan makin bertambah adalah! 
*mengomel seorang diri sambil memegang perut dan mengerutkn dahi =.=

Okay abaikan kisah duka myra yang mengenangkan perutnya semakin bertambah lemak.
Hmm actually myra malas sebenarnya nak update blog ni.
Sebab letih sesangat seharian mengadap kertas yang penuh dengan no (T.T) *kalau muntah kemungkinan besar keluar nombor jugak kot. Okay tu sangat tipu --'
Setiap hari kalau balik kerja mesti telentangkan diri atas sofa tak berapa empuk dan mengadap tv.
Perasaan penuh berdebar-debar menunggu......
Menunggu.....
Dan terus menunggu.....
*Jeng jeng jeng
Berdebar tak berdebar tak?
Krikk krikk... -..-

Sehinggalah jam menunjukkan tepat pukul 7 malam. Eh 7 petang ke 7 malam?
Myra selalu kompius yang tu. Tehee :D
Lantaklah janji tak sebut 7 pagi tu buang tebiat namanya.
Bila dah pukul 7ptg/mlm je kat tv3, akan keluar lagu

"Najwa Latif-Adamu"

Haaa cuba korang teka drama apa tu?
Alah confirm punya korang tahu kan? Ehehehe.
Apa lagi kalau bukan drama romantik manja-manja tu.

"Setia Hujung Nyawa"




Haa tudia dah letak besaq-besaq dah gambaq ni. Hehe
Myra follow cerita ni dari first episod lagi .
Memang pengikut setia tak pernah miss lagi *ayat taknak kalah padahal baru episod ke 4 rasanya--'
Nak tahu cuollss, cerita sangatlah romantik . Sampai myra rasa segan silu nak tengok.
Tambah pulak mak abah pun tengok skali. Hadoi *merah-merah pipi
Kalau mak abah takde rasanya dah golek-golek sampai bawah sofa sebab suka sangat hehe.
Tiap kali balik kerja mesti tak sabar nak tengok drama nih.
Penat bekerja hilang sekelip mata lepas melting tgk Amar Asyraf ni berlakon hihi (>.<)

Tak puas tengok drama kat tv, myra sambung pulak buat drama sendiri berangan baring atas katil sampai tetidoq mak nok. Dengan tak mandinye. Teruk !
Ohh ya, masa drama ni dah start ramai jugek yang update status bbm hash tag drama ni.




Ramai lagi yang atas-atas tu sedang update status drama  #Setia Hujung Nyawa :D
Walah walah semakin ramai yg hatinya berbunga-bunga tahi ayam kan?
Huhu. Myra tak sabar nak tahu kesudahan dia.
Dengan tajuk drama tu mcm boleh agak je ending dia macam mana.
Mesti sedih punya. 
Hmm rasa macam nak beli je novel dia ni haaa.




Tapi kan tapi kan, myra nak hayati dululah drama kat tv tu. 
Nanti kalau dah tahu jalan cerita dia mesti tak best.
So myra, bawak bersabar yey ;)
 Credit to pengarang novel ni sendiri iaitu Fatin Nabil. Nice work dear.
Dan juga pengarah drama ni jugak k! :D

So sampai disini saja lah. Kebingungan sebentar sebab taktahu nak hupdate apa lagi. Hehe
Sekian daripada mak jemah yang vogue.




COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik Asmira Zulkafli