Monday 31 December 2012

Bye 2012, Hai 2013 for short entry:)

Testing 
One to tree
*translate jadi satu kepada pokok -.-*

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Apa khabar semua? Sihat?
Harap sihat ye. Amin :)




Harini adalah hari terakhir sebelum masuknya tahun baru.
Soalan biasa akan di tanya.
Sudah tercapaikan azam anda tahun 2012?
Jawapan: *errkkk--"
Mungkin ada antara korang yang azam tercapaikan. 
Myra? Mhahaha nak tukar topik aci tak? Hihi
Okay jangan tanya myra lah. Azam tahun tak tercapai.
Result sem ni agak kurang memberangsangkan -.-

Apa apa pun tolak ketepi azam yg tak tercapai dek akal tu k.
Apa yang penting bagi myra, tahun 2012 memberi banyak makna.
Bukan saja makna, tapi pengajaran. Huhu.
Sayang nak tinggalkan tahun 2012, sebab tahun ni banyak dah dia berjasa dgn myra.
Tahun 2012 juga banyak mematangkan myra dari pelbagai sudut.
Tak kisahlah hal peribadi ke, pemakanan ke*tetibe -..-
So thanks to2012 sebab mematangkan myra.

Oh ya! Tinggal berapa jam je lagi umur myra akan cecah PULUHAN. Grr
Agak tua bunyinya kan. Baik umur 19 lagi. Sebab masih BELASAN. Haha
Tak sangka. Begitu cepat masa berlalu. Dulu masa sekolah selalu bayangkan diri dah dewasa. Umur dah masuk puluhan.
Sekarang. taraaa! Dah nak masuk 20 mula rasa sengal -..-





Saturday 29 December 2012

About her :')

Assalamualaikum and hai for blogger(s) and reader(s) sekalian.
Today my post quite gloomy and sad.
Because I have read about one of the most prettiest blogger I've ever seen.
It's all about her, arwah Yasmin J Hunwick :')

Even aku bukanlah orang yang rapat dengannya, dan hanya mengetahui berita tentangnya baru-baru ni setelah aku terlihat seorang blogger post mengenai arwah.

Ceritanya bermula
..............................................................

Pada hari aku bekerja, iaitu pada hari Jumaat 28/12/2012. Aku bosan sebab takde kerja nak buat.
So aku pun online and baca blog orang. Kiranya aku blogwalkinglah.
Aku memang suka baca blog orang. Di pendekkan cerita, aku terbaca post seorang blogger famous ni.
And dia ada tampilkan wajah seorang gadis yang sangat comel :')
Bila baca mengenai post tu, aku terperanjat sebab gadis comel tu sudah pun menghadap illahi pada sekitar bulan Jun 2012.


Lama aku termenung. Lihat wajah gadis comel ni. 
Lalu aku pun makin tertarik nak tahu pasal arwah. Aku pun mula google pasal dia. Aku google image. Aku google semua pasal arwah. Sampailah aku terjumpa blog arwah sendiri.
Aku baca mengenai arwah. Sekarang blog arwah di ambil alih oleh ibu ayahnya sendiri.
Sungguh menyayat hati. Membaca luahan hati seorang ibu dan ayah yg meratap kesedihan selepas kehilangan anak yang di kasihi. Ya Allah, hampir menitis air mata aku membacanya :'(
Aku cuba tahan air mata aku agar tak mengalir. Aku taknak nanti officemate aku tahu aku menangis.
Aku pun continue baca blog arwah. From top to bottom.
Arwah such a great person. Bukan paras rupanya sahaja yg cantik, malah arwah juga bijak, sopan santun dan sangat kelakar.
Kalau korang baca blog arwah korang boleh describe sendiri arwah ni jenis mcm mana.
Bagi pendapat aku, arwah anak yang baik. Pastinya solehah. Mukanya tenang dan suci.
Aku pasti arwah bukan seperti gadis remaja yang lain.
Sebagaimana tomahan yg diberikan segelintir masyarakat yg arwah ni gadis liar.
Please people, don't judge a book by it's cover. It's not worth it.
Bila kejadian kemalangan yang menimpa arwah pada malam tersebut, masyarakat terus nak judge.
Sedangkan korang taktahu keadaan yang sebenar.
Setelah mengikuti cerita sebelum berlakunya kemalangan, pastinya masyarakat di luar sana sedar.
Arwah bukan gadis liar.
Buktinya, korang boleh baca blog arwah sendiri dan korang akan tahu arwah ni macam mana orangnya :')


Satu per satu aku baca post arwah. Sampailah satu post ni.
Petanda arwah bakal meninggalkan semua org :'(

http://misschronicz.blogspot.com/2012/03/mimpi-ngeri.html


Ini pulak di Instagram arwah sebelum pemergiannya. Di sempat membaca 7 Malam Pertama di Alam Kubur :'(



Suddenly, on June 2012. She had an accident with her friends :'(



Arwah menjadi trending di Twitter dan ramai yang bersimpati :'(



Arwah pernah berkata bahawa dia ingin dikenali. Dan sekarang ni, hajatnya sudah tertunai.
Al-Fatihah for Yasmin J Hunwick. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin :')


Note:
Sesunggunya apa yang terjadi sudah suratan takdir. Percaya dengan Qada' dan Qadar Allah s.w.t :')
Kita yang masih hidup perlu mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di sekeliling kita. Sebagai khalifah di muka bumi Allah, apa yang harus kita lakukan adalah beramal kepada-Nya. Segala yang ada dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Sekiaranya amalan mencukupi. Ganjanrannya adalah syurga. Aku remaja, manusia yang sangat leka dengan kelazatan dunia. Sedikit demi sedikit aku tersedar dari lamunan. Kadang-kadang aku termenung, memikirkan dunia yang satu lagi, iaitu Alam Barzakh. Adakah amalan aku sudah mencukupi? Masya-Allah, aku berasa sangat hina :'(







Thursday 20 December 2012

My worst day ever (T.T)

Ehemmm .
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Salam 1 Malaysia.
*Wah macam yb pulak dah --'*

Hai semua blogger(s) and reader(s).
Apa khabar? Sihat ke semuanya?
Skarang ni musim orang jatuh sakit and demam.
So kalau ada sesiapa yg kurang sihat tu cepat-cepat jumpa doktor ok?
Hope you will get well soon. Amin :)

Korang semua perasan kan dengan tajuk entry myra kalini? Okay, korang mesti taktahu apa worst sangatkan sampai cakap "My worst day ever" tuh. Huhu.
Fyi, myra memang belom serasi lagi dengan tempat myra tengah praktikal tu.
Selain takde kawan, myra dengan staff situ mcm kurang bertegur sikit.
Mungkin diorang ingat myra sombong kot. Takpun sebab myra hanya student praktikal?
Hmm entahlah biarlah.

Semalam adalah hari yang sangat-sangatlah teruk bagi myra. 
Cerita dia bermula di sini*skema betei ayat -,-* 
Pagi tuh kat rumah dalam pukul 730 pagi myra hanya sarapan roti 2 keping.
Then pergi kerja dalam pukul 8 tu ada sarapan pagi disediakan utk staff.
Myra pun joinlah breakfast pagi tuh.
Actually myra nak ambil je roti telur yg ada dalam bekas tu.
Tp serba salah sebab tinggal satu. Sbb ada staff lain pun mcm nak ambik tp teragak-agak.
Datanglah seorang staff lelaki ni lalu dia menyambar roti telur yang tinggal sekeping atas meja tuh.
Hah terus staff blakang myra ni cakap dengan member dia "Haa tulah kau tu lambat sangat dah orang lain ambik. Haishh. Hahaha"
Myra memang dah agak dah diorang pun nak roti telur tu. Hihi.'
Myra pun terpaksalah ambik capati. Myra tak suka pun capati tu sebenarnya.
Tp nak buat macam mana. Makan jela.

Selesai je makan. Hati pun gumbira sebab kenyang.
Masuk semula dalam offfice, myra diberi arahan utk buat petty cash oleh penyelia kat situ.
Masa tengah buat petty cash tu mula dah rasa lain macam. 
Badan pun macam tak selesa je masa tu.
Tapi gagahkan diri juga siapkan petty cash tu. Dia guna ifca.
Ifca tu mcm sistem komputer utk kita buat akaun.
Dulu masa kat poli myra belajar ubs. Haa lebih kurang je.
Tp pada pendapat myra lah kan guna ubs tu lagi senang kot dari ifca.
Sbb ifca rumit sikit. Kalau salah tekan habis semua hilang.
Di sebabkan myra asyik salah tekan, dua tiga kali jugaklah myra kena buat transaction tu semula.
Time tengah buat tu dah rasa mual. Nak muntah.
Tapi myra tahankan aje.

Sampailah waktu lunch. Myra tak keluar pergi makan pun. Sebab takde kawan. Kalau bawak bekal pun takde siapa nak ajak makan skali.
Sedihkan hidup myra? Hmm :'(
Waktu lunch tu myra rasa mengantuk sangat. Dari pagi lagi mengantuknya.
Myra pun lelapkan mata sekejap. Lepastu myra terjaga.
Terus rasa nak muntah. Mmg tak tahan sesangat dah! 
Myra cepat-cepat pergi toilet. Tak sempat sampai toilet, myra terus muntah.
Habis tudung dengan baju myra kena.
Bukan tu je, lantai kat luar tu pun kena sikit.
Ada staff lalu situ tanya siapa yg muntah. Myra pun keluar dr toilet cakap myra yg muntah.
Mujurlah staff tu baik cakap takpe. Myra igt nak cuci sendiri then dia ckp takpe.
Lepas masuk dalam office balik rupenya semua org tahu.
Malunyaa :'(
Staff yang tolong myra tadi caring sangat siap tanya nak ubat ke tak.
Tak lama lepastu myra muntah lagi. Taktahu gastrik ke apa.
Sbb sekarang ni pun myra rasa sakit perut lagi.
Hmm tak lama lepastu myra mintak balik awal sebab mmg tak larat sangat dah. 
And harini pun myra dapat mc. So pengajaran buat myra. All the blame should put on me. Sbb myra sendiri yang tak makan tengah hari.


Apa yang jadi semalam myra akan jadikan pengajaran. Myra nak naikkan semangat myra yang dah hilang. Semuanya semenjak myra mula praktikal. Myra rasa takde keyakinan diri. Rasa terpinggir.
Mungkin salah myra sendiri jugak sebab tak pandai nak bertegur dengan staff situ.
Mmg myra jenis pemalu sikit. Susah nak bertegur. Mulai besok myra akan bawak bekal and makan kat pantry. Takpelah kalau makan sorang-sorang pun. 
Asalkan tak jadi mcm ni dah. And abaikan orang sekeliling kita.
Sentiasa berfikiran positif and tunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Dan yang paling penting, Allah sentiasa di sisi kita. Doa dan tawakal kepada-Nya.
Myra redha dengan apa yang terjadi :')




Monday 17 December 2012

My first day as a "Practical Student"

Ehem ehem.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Hai for all my reader(s) and follower(s).
How's your day?
Cool or moody?
Me? Hmm 50/50.

Emmmmmmm :( *mengeluh panjang sbb tak puas kumpul lemak
Harini, 17 Disember 2012 bermulalah kehidupan myra sebagai pelajar praktikal.
Jam 9pg tadi myra lapor diri di Sykt. Belati Wangsa Sdn Bhd.
Salah sebuah syarikat kontraktor yang terbesar di Perak ni.

Okay nak cerita dari mula.
Lepas je lapor diri, myra di bawa ke sekeliling syarikat dan berkenalan dengan semua staff.
Permulaan yang , emm emm boleh lah. Nak kata best sgt pun tidak.
Sebab myra ni jenis pendiam sikit masa mula-mula *mula-mula jela lepastu berhantu :p
. So agak janggal lah duduk kat situ.
Myra di tempatkan di department akaun.
Tempat myra untuk melakukan kerja agak selesa.

Tugas myra pada hari pertama,
Kena buat filing and fotostat. Itu jelaa.
Dari pukul 9 pagi sampai lah pukul 530 myra cuma buat dua benda je.
Filling and fotostat.
What a bored day --"

Lepas habis pukul 530 tu,
myra memang tak sabar-2 nak balik.
Sebab rasa boring gilaa.
Lagipun lapar. Tengah hari tak makan langsung.
Al-maklumlah baru hari pertama bekerja.
Segan nak makan. Nak pergi toilet pun takut. Hee (^_^)v
*sanggup tahan sampai nak terkucil baru kelam kabut pergi toilet. Last-last kena pergi jugak --"

Sampai je kat rumah terus salin baju and then makan
*nampak tak betapa kebulurnya aku ni -..-
Habis makan tu terus tertidur. Mmg rasa badan letih gila taktahu kenapa.
Dah bangun tidur tu, huhu nak menangis rasanya.
Badan jadi lesu gila.
Maybe I need a supplement to energize my day T.T
Sampai lah sekarang.
Tetap gagahkan diri menaip untuk update dekat blog.
Bukan apa, hari pertama praktikal.
Mestilaa kena update dekat blog. Huhu.
Sampai di sini saja lah myra nak cerita.
Tak larat dah menaip.
Byebye :D

Harap besok tak seboring harini.
Harap besok banyak kerja boleh buat *nanti takdelah duduk tercongot je tgk pc -.-
Harap besok semuanya berjalan dengan lancar.
Amin :)




Saturday 15 December 2012

Runningman? Oh yeah!

Ehem ehem.
Testing-testing.
One two three.

Assalamualaikum and hai semua! Apa khabran pun?
Sihat ke semuanya? Harap-harap sihatlah hendaknya ;) 
Myra? Alhamdulillah sihat :)
Okay, harini myra nak cakap pasal tu. Alah tu. Alah yang korang ADDICTED sangat tu.
*Menaip sambil memuntal-muntalkan rambut*
Apa lagi kalau bukan RUNNINGMAN. Haaaa.
Sebut je pasal Runningman mesti dalam kepala korang fikir.. *Jongkook, Kwangsoo, Jihyo dll* 
Kan kan? Mostly yang addicted sangat dengan Runningman ni mesti terdiri daripada kaum hawa kan?
Jeng jeng jeng *menaip sambil senyum kambing sbb aku salah sorang daripadanya*
Fyi, myra ni bukanlah addicted dengan KPOP pop pop tuh.
Myra cuma addicted dengan Runningman sahaja.
Okay hightlight sikit. RUNNINGMAN SAHAJA.
Myra tahu ada dikalangan kaum hawa kita ni addicted gila dengan KPOP kan?
Sampaikan nama ahi setiap kumpulan tu pun hafal! Walah walah.

Al kisah kawan yang addicted dengan KPOP.
Myra ada sorang kawan ni. And dia dulu satu blok hostel dengan Myra.
And kitorg still berkawan sampai harini. Adalah satu haritu myra duduk dengan dia.
Dia datang siap bawak external dia. Bila bukak external dia.
*Bling-bling mata bersinar-sinar* Pergghh banyak gila kot unsur-unsur KPOP dlm external dia tuh.
Mmg gila ley. External dia full dengan KPOP je.
Sebut je nak lagu apa, movie apa, drama apa, semuanya ada dalam external dia tuh.
Semuanya KOREAN POP okayy.
Then lepastu kitorang tengoklah Runningman sama-sama.
Pohpaleh weh, dia boleh tanya nama artis korea dekat myra. Myra pun haa a'ah dia la tu.
*Padahal taktahu pun tp buat-buat tahu hee (^_^)v*
Lepas satu-satu cerita Runningman kitorg tengok.
Semuanya dia kenal retis-retis korea tu. *Terbeliak bijik mata*
Tudia, dasyatlah gadis-gadis malaysia nih. Boleh igt nama retsi korea.
Padahal myra tengok muka sepesen je. *erti kata lain se-fesyen* Haha
Kalau nak suruh myra teka memang taklah :p

Okay cukuplah cerita pasal kawan yg gila kpop pop pop tu *baling mercun pop pop kang baru tahu*
Berbalik pada cerita asal tadi. Pasal Runningman.
*Okay nama setiap ahli Runningman myra hafal :p*


Sanggup puase video semata-mata nak capture semua ahli runningman :o

Setiap ahli dalam Runningman tu ada 7 orang.

1. Kwangsoo (Giraffe)
Nak tahu kenapa Myra letak nama Kwangsoo atas sekali. Sbb myra suka gila kat dia. Muahaha
Bagi myra Kwagsoo ni cute sesgt. Plus, dia memang pandai berlakon =.=
Kwangsoo ni jenis "betrayed" atau erti kata lain pengkhianat. *Alahai kejamnye ayat tuh --'*
Dia ni suka khianat kawan dia sendiri. Dan dia paling tak suka dengan Jongkook! Hehe.

2. Jongkook (Tiger)
Kenapa myra letak Jongkook yg kedua? Sbb Jongkook ni kegilaan para gadis diluar sana tak kira bangsa apa sekalipun! Jongkook ni diketegorikan lelaki paling kacaklah dalam Runningman tuh. Bukan kacak je, tengok badan dia. Tough cuoollsss! Dia ni hebat jugak dalam setiap task yg diberi.

3. Jaesuk (Grasshopper) 
Dia ni boleh dikatakan penyeri jugaklah dalam Runningman ni. Kalau takde dia maybe suram sikit kot. Sbb dia ni pak lawak, ramah, gilos-gilos *mereng sikit*, kaki joget. 
Dia ni selalu kena jadi spy. So setiap kali ada task, bila ada spy, diorang mesti syak Jaesuk!

4. Gary (Taktahu apa nickname dia maybe Stress~ kot :p)
Streessss~ Haa itu treadmark dia. Rasanya yang tengok Runningman ni mest tahukan? Gary ni kelakar. Dia ni blur-blur sikit orangnya. Malah, dia ni suka bangun lambat!
Setiap pagi, dia lah yang paling lewat sekali bangun! Heishh Gary-gary *sambil menggelengkn kepala*
Gary ni di gosipkan dengan Jihyo *fewit monday couple okayy*

5. Jihyo (Ace)
Dalam ahli Runningman, Jihyo ni sorang je perempuan. Masa mula-mula myra tengok runningman, myra igt Runningman ni semua lelaki. Rupenya da sorang perempuan.
 Hm myra tak pastilah apa keistimewaan dia. Yang myra tahu Jihyo ni cute sesangat! >.<

6. Haha (Apa eh nickname Haha ni? --")
Haha, tu bukan gelak okay. Yep nama dia Haha. Unikkan? Hee :D
Haha ni sangat kelakar orangnya. Trend rambut terbaru dia skarang nih belah tengah.
Okay mmg kelakar. Bukan kelakar je. Menyampah pun ada! Hahaha.

7. Suk Jin (Big Nose Brother)
Dia ni rasanya yang paling tua dalam group ni. Muehehe. Hmm myra taktahu apa keistimewaan dia.
Rasanya yang tak menonjol antara diorang ni maybe Suk Jin kot. 
Hee siapa peminat dia ni jangan marah okay :p 

Apa-apa pun Runningman memang ohsem gila. 
Ramai yang tak minat KPOP atau spesies dengannya cakap
"Eleh watpe tengok Runningman tu buang masa je."
"Eh tak eloklah layan cerita korea tu semua. Rosak akidah"
dll
Hmm bagi pendapat myra lah kan, biar layan runningman kat rumah
daripada keluar rumah merayap, melepak,
takpun layan cerita melayu yang ending dia sepesen --"
Tak gituh? :)

Note: Sampai di sini sajalah myra nak celoteh. Sorry kalau ada yang terasa dengan entry myra kalini.
Terutamanya yg memang tak layan korea langsung. Haha byebye ;p




Friday 14 December 2012

Header baru

Assalamualaikum. Hello peeps.
Hmm nampak tajuk tu? Haa myra nak cakap pasal header lah. Hee (^_^)v
Cantik tak header baru myra? Hm tak cantik mana lah kan sekadar tulis-tulis je.
Myra puas hati jugaklah biarpun simple. At least dapat hasilkan header baru.
Asyik pakai header lama je macam muak pulakkan.
Lagipun faktor lain yg menyumbang myra untuk tukar header ni disebabkan jantung pisang myra ni suruh tukar. Gambar header tu ada kisah dia.
Hm taknak laa cerita kisah apakan. Biarlah perkara dah lepas.
Yang pernting myra dengan dunia yang baru :D

Cerita pasal header. 
Sebelum ni myra dah pernah dah download photoshop tu.
Semuanya myra belajar tutorial dari seorang blogger yg cukup di kenali.
Kak Fyna. Ini dia link untuk blog dia ( http://stoberycokelat.blogspot.com/ )
So kalau korang rasa nak belajar mcm mana nak guna ps and mcm mana nak buat header, boleh lah melawat dekat blog dia okay? :) *Nak tunggu myra buat tuto mmg lambatlah --'

Sebelum ni ps tu tak boleh bukak dekat laptop myra. So myra pun takde mood nak buat header baru,
Duk pakai header lama je sebab malas nak download ps semula *Berat kot sampai 82mb
Disebabkan myra nak berjinak balik dengan blogging, so myra kena jugaklah download ps ni semula.
Nak bg nampak kelainan sikit dengan blog myra ni

Al kisah nak download ps ni. 
Punyalah sakit hati sebelum ni myra dah download dah, lepastu file cannot read.
Dah lah sejam lebih tunggu. Then harini myra try download lagi. Masya-Allah.
Bengangnya kena tunggu sampai 8jam. Sbb broadband dah habis quota.
Mmg ps ni berat. Sampai 82mb. Sampai habis quota broadband myra.
Lagipun myra selalu bukak youtube semua. Mmg dha cukup lah quota kan. Haha

Lepas habis download ps.
Myra ambik masa dalam 2 jam lebih jugaklah nak edit header ni.
Try itu tak kena. Ini tak kena.
Last-last, inilah hasilnya. Takpela, simple pun simple lah. Janji ada. Hee :D


Note:
Syg, puas hati dah saya tukar header baru. Lepasni jangan mrah-marah dah tau ;)




Wednesday 12 December 2012

Praktikal ?

Assalamualaikum and hai everybody.
Emm emm nampak tak tajuk tu? Menarik tak? Ke mcm sengal-sengal ayam?
Bagi myra sengal-sengal ayam. Sbb memang cuak gila nak start praktikal minggu depan pada hari Isnin, 17 Dis 2012! Arrghh tidak tidak!
Korang yang masih belum praktikal tu mesti pelikkan kenapa nak rasa cuak? 
Ada yang cakap 
"Eh best apa praktikal . Dapat duit. Boleh beli mcm mcm nanti. Takyah nak study exam semua. Bla bla bla"
Hm senang la korang cakap. Bukan mudah kita nak kerja dgn orang yang dah berpengalaman.
Tambah pulak course kita ni complicated sikit. 
Myra dengan subjek akaun. Hmm teruk tau tak. Tengok result sem ni pun dah tau.
Sepatutnya sem ni lah myra dapat result bagus sikit. Sbb akaun sem 3 mcm tak berapa adventure sangat mcm sem 2 .  Hmm T.T
Nanti praktikal kena buat akaun la, kena buat itu lah ini lah semua berkaitan dengan akaun! Oh no.
Hmm myra harap sangat semua staff yg kerja bawah syarikat tu tak garang and boleh beri tunjuk ajar sebaik mungkin. Al-maklumlah, saya ni budak baru belajar. Baru nak merangkak. 
Actually myra update blog ni sebab baru lepas baca blog member myra yang bernama Nining. K tipu je nama dia Niney Samza okay *Jangan marah nining* Hehe.
So dikesempatan ini jgk samalah mcm Nining tu nak ucapkan takziah kepada semua classmate 
DAT3C ( POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH )
sebab korang pun akan praktikal jugak nanti .
Hehe have fun yey. Nanti korang kena marah dengan pekerja-pekerja kat situ jangan nangis tau :p
Hehe sampai disini sajalah myra nak berceloteh. K semua. Byebye :*





Errghh stressnya !


Assalamualaikum and selamat pagi semua. 
Jam menunjukkan 10.37 a.m. Bangun-bangun je terus myra bukak blog. 
Just nak luahkan perasaan ni. Stress sangat bila kita berusaha untuk edit blog ni, 
at the end, *taraaabackground hilang! Haha suka sangat! Actually dah banyak kali dah jadi. 
And this is 3rd time benda ni jadi mcm ni. *Arrgghh rasa nak menjerit*  Ini jugak faktor kenapa myra closed blog myra yg dulu. 
Plus, after buat blog baru, myra delete lagi buat kali kedua. Sebab? Sbb ni lah dia. Background hilang! 
And takkan myra nak delete pulak blog ni? Semua org dah sedia maklum. Myra pun dah bgtahu kawan-kawan semua. So sayanglah. Tak tahu mcm mana nak fixkan problem ni.
 Nevermind, I'll try my best. Hmm byebye :(




Blog baru :D


Assalamualaikum semua. Hai!
Harini myra bertungkus lumus menyiapkan blog ni.
Dah 3 hari bersengkang mata semata-mata nak puaskan hati edit blog nih.
Akhirnya inilah hasilnya. Alhamdulillah *biar pun blog agak pinky*. Blog yang tak seberapa ni dapat disiapkan dalam masa 3 hari,
Nak kata 3 hari sebenarnya tak pun sebab 2 hari tu dibazirkan dengan delete blog.
Terpaksa delete blog sebab banyak yang salah edit *letih tau nak edit blog nih T.T*.
Then harini sehari suntuk mengadap laptop akhirnya siap juga.
"Let the history past, start with a new life :)"
Apa-apa pun myra redha jela sbb blog https://sigadiscoolstuff.blogspot.com dah tak wujud lagi.
Disebabkan beberapa masalah teknikal terpaksa delete blog tu.
Hmm sedih tau sebab dah bertahun dah blog tu hidup. Mungkin dah sampai riwayat dia kot.
Apa-apa pun myra takkan putus asa edit blog, buat header baru and semua ni dalam proses ubah usai. Tunggu...... :)



COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik Asmira Zulkafli