Wednesday 9 January 2013

How to improve #ohmyenglish ?

Assalamualaikum and salam sejahtera salam 1 Malaysia untuk blogger(s) and reader(s) sekalian :)
Harini myra semangat nak update blog biarpun badan letih baru balik kerja :3
Idea menjelma ketika myra duk berangan atas kerusi opis hehe :p

Tajuk yang myra nak bincangkan sangat simple.
Jangan risau pastinya takkan buat korang pening nak fikir, 
susah hati, nak menangis dan sewaktu dengannya .




Korang semua terer tak kalau suruh "speaking"?
Kalau terer, masa spm dulu BI korang dpt berapa?
A atau B atau C atau D atau  E blablabla atau Z ? --'
Actually, tahap kebijaksanaan korang dalam bertutur dalam bahasa inggeris ni bukan di ukur semasa korang menduduki peperiksaan awam. *wah ayat skemanyewww :3
Tak bermakna korang dapat gred yang bagus dalam exam means
"AKU PANDAI ENGLISH. KALAU AKU SPEAKING MCM ORG GERMAN!"
Haa jangan bongkak sangat ye nak laungkan ayat mcm kat atas ni.
Mak jemah ketuk kepala dengan senduk nanti -.-




Sejauh mana korang boleh "speaking" dengan bagus?
Kalau stakat dpt gred A je dalam exam, tp speaking korang mcm ayam berkokok 
*eh ayam pandai speaking ke ? --' 
Baik korang humblekan diri tu and try apa yg myra akan suggestkan ni :)

Pengumuman buat rakyat jelata sekalian, 
disini beta nak umumkan bagaimana caranya rakyat jelata mahu tingkatkan bahasa inggeriss :D

Myra bukanlah org yang perfect nak speaking dengan bagus. Tapi sedikit sebanyak dapat membantu myra untuk tingakatkan lagi pemahaman myra dalam bahasa inggeris.
Ada juga yang bertanya

"Macam mana kau belajar omputih ni?"
"Macam mana nak cakap omputih dengan betul?"
"Macam mana kau boleh paham omputih?"

Di sini myra akan bongkarkan rahsia kecantikkan turun temurun  macam mana nak tingkatkan pemahaman dan tutur bicara bahasa inggeris! *Pergghh mmg skema habis ayat aku. Kalah cikgu bm -.-*

Pertama :
Myra tahu korang pasti akan suka yang ni. Kalau bab membaca mesti korang malas gile yedak?
So yang membaca tu kita abaikan biarkan dulu. Tolak tepi dulu k :)
Korang suka dengar radio and muzik kan?
Bagi myra lah kan, korang semaikan sifat utk dengar radio siaran Hitz.fm ke Fly.fm ke.
Bila korang slalu dengar radio omputih, nanti lama-lama korang akan melekat dgr siaran tu.
Korang jugak akan paham sikit-sikit tentang iklan and apa yang dj radio tu cakap.
Bagi yang suka download lagu tu, korang cuba download lagu latest-latest yang sedap didengar.
Tapi make sure lah korang download lagu omputih k.
Cuba selalu dengar lagu tu :)

Kedua :
Bila dah download lagu omputih tu, korang mesti ada nafsu nak nyanyi kan? Haha
Korang cuba dengar sebutan dia and korang tulis lirik dia.
Dulu masa sekolah, myra buat mcm tu. Bila myra dapat tangkap ayat dia, myra akan pause lagu tu.
And myra akan tulis. Sampailah lagu tu habis 
*letih jgk main pause lagu ni sbb bila tak dpt kena repeat balik -..-*
Kadang-2 tu memang merepek gile ayat myra tulis tu.
Kalau korang carik dalam kamus dewan pun takkan jumpe maksud dia.
Apatah lagi google translate, mau "system error" dibuatnye. Kihkih.

Ketiga :
Dah tulis full lirik dia? Then korang google pulak lirik sebenar lagu tu.
Cuba bezakan lirik sebenar dengan lirik gubahan korang sendiri yang merapu tu. 
Mesti banyak bezakan? Takpe! Korangkan sedang belajar ;)

Keempat :
Dah jumpe lirik yang sebenar? Apa lagi. Korang melalak lah.
Bila korang selalu menyanyi lagu tu, sedar tak sedar korang punya "pronunciation" 
macam mat/minah saleh woo! Pfffttt.
Nak lebih berkesan lagi? Korang nyanyi lagu rap. Ikut rap dia sampai dapat!
Kalau dah dapat? Sila tepuk tgn utk diri sendiri :D

Kelima :
Dah layan lagu semua, cerita mesti masuk jugakkan? Haa layanlah pulak drama bersiri penuh mesteri atau movie omputih. Kan kat bawah dia ada subtitle?
Anok-anok, janganlah baca subtitle semata-mata.
Ace korang pahamkan apa dia cakap then baca subtitle dia.
Haa baru ada kelas cuollsss!

Keenam :
Last but not least, walau macam mana sekalipun, buku jangan diabaikan.
Sebab ilmu ni sangat luas. Bukan setakat dengar lagu layan movie je boleh improve omputih korang tu.
Dengan tu je tak cukup sayang-sayang ku :)
Korang tetap kena mambaca. Pilihlah nak baca newspaper ke, buku cerita ke,
komik ke, animasi ke. Apa-apa jelah! Asalkan full english okay?!.
Tak mustahil korang akan bijak bertutur omputih.
InsyaAllah ;)


Sekian sampai disini saja. Harap sedikit sebanyak dapat membantu korang ye?!
Tak salah kita share ilmukan?
Yang baik datangnya dari Allah, dan yang sebaliknya datang dari diri myra sendiri.
Maaf sekiranya myra ada buat silap.
Ampunkan mak nokk . Hehe.
Kbyebye ;)



4 comments:

  1. suker gune english phua chu kang..hhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe asalkan kita berusaha nak tingkatkan bahasa inggeris kan? ;)

      Delete
  2. Hi Asmira, good for you. English is an International language. One can go anywhere in the world, somebody will speak English.
    You have fun and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye lee! Thank you very much for spending your time to read my entry . Ya I'm so agree with you . English is very important to communicate with other people ;)

      Delete

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik Asmira Zulkafli