Tuesday 19 February 2013

Miss my schoolmate :')

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera blogger(s) and reader(s) sekalian ! :D
Wahh dah lama myra tak berblogging nih. Lamanya tak hupdate! Fuh fuh .
Emm berhabuk dah. Macam baru lepas buka kotak harta karun dha!
Rindu sangat nak update blog. Tapi selalu masa mencemburui myra!
Al maklumlah busy dengan kerja sekarang nih. 
Kadang-kadang kena overtime. Dah malam baru sampai rumah -.-
What a sad life :'(

Harini even myra tak berapa sihat, kepala pun berat je, tp myra tetap nak gagahkan diri untuk update blog.
Memandangkan myra ada something special yang nak di ceritakan.
Since haritu lagi myra asyik teringat dekat classmate myra. Hmm.
And salah seorang kwn baik myra, Adam ada cadangkan untuk buat reunion. Such a great idea :'D
I miss them so much. Hope apa yang dirancangkan tu menjadi.

Harini myra belek-belek gambar kat facebook. Al-maklumlah myra ni stalker tegar! Haha.
Lepas belek gambar facebook kwn myra, tetibe terlintas nak tengok album mira sendiri.
Actually tengok gambar yg org tag kat myra. *kejadahanya nak stalk gambar sendirikn -,-*
Myra belek gambar masa sekolah dulu. 
Belek-belek lagi, tetibe jumpa video masa zaman sekolah dulu.
Yang di edit khas oleh kwn sekelas myra, Farah Hidayu. 
Dah lah lagu bapak punye sedih. Sayu pulak hati myra tengok kenangan masa sekolah dulu.
Sepanjang myra mainkan video tu, myra tersenyum, adakalanya myra ketawa sorang-sorang.
Hmm rindunyeee zaman sekolah dulu ! :')
Sampailah hujung-hujung video tuh, ada terselit url blog parra ( http://fara-missorange.blogspot.com )

Baru myra teringat, farah pun ada blog jugak. Myra pun usha lah blog dia nih.
Okay, parra dah lama tak update blog. Kebanyakkan dia update masa lepas spm dulu.
Sampailah terjumpa satu entry ni yang bertajuk "SuKa SuKi SahaBATku 2010".


Myra baca dari atas sampailah bawah. Dia cerita pasal kwn sekelas dia.
And yang paling myra tak sangka skali, dia ada selitkan pasal myra jugak :')




Bayangkan, dia post entry tu pada hari Khamis, 30 Disember 2010.
Myra baru perasan pada harini 20 Februari 2013!
Heyy korang kira lha dah berapa tahun tuh. Hahaha. Baru sekarang myra perasan.
Okay my bad -.-
Seriously myra memang tak sangka parra ada selitkan pasal myra.
Terharu sangat-sangat. Baru-baru ni pun dia ada update status kat facebook.
Cakap rindu masa kat skolah dulu. Main sorok botol myra.
Hhahaaa. Parra parra, suka nyakat orang tau.

Buat adik-adik yang masih sekolah lagi tuh, hargailah zaman skolah dengan sebaiknya.
Bila dah tua bangka macam akak ni baru tau erti rindu zaman sekolah dulu.
Zaman sekolah lah zaman terbaik yang pernah myra lalui. Nak di bandingkan dengan zaman- zaman lain, memang tak boleh di tandingilah!
Kawan skolah semuanya ohsem. Kawan sekelas myra semua baik-baik.
Hmm really miss them so much ;'(
Hmm agak-agak korang semua rindu aku tak?

Nota kaki :- Parra, thanks tau sebab jadi kwn aku. Dari kita sama kelas masa darjah satu, sampailah skarang. Aku sayang kau weh? :'D
Ohh sorry sebab kau baru perasan pasal entry kau tuh. Thanks sebab selitkan pasal aku jugak!
Tak sangka weh! Waa betul betul terharu. Muahmuah! Sayang kau :*





2 comments:

  1. tahun ni nina last skolah.lpas ni mesti cm akak rindu class mate semue

    ReplyDelete
  2. salam follow disini..harap persahabatan tu kekal selamanya..aminnn

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik Asmira Zulkafli