Thursday, 20 December 2012

My worst day ever (T.T)

Ehemmm .
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Salam 1 Malaysia.
*Wah macam yb pulak dah --'*

Hai semua blogger(s) and reader(s).
Apa khabar? Sihat ke semuanya?
Skarang ni musim orang jatuh sakit and demam.
So kalau ada sesiapa yg kurang sihat tu cepat-cepat jumpa doktor ok?
Hope you will get well soon. Amin :)

Korang semua perasan kan dengan tajuk entry myra kalini? Okay, korang mesti taktahu apa worst sangatkan sampai cakap "My worst day ever" tuh. Huhu.
Fyi, myra memang belom serasi lagi dengan tempat myra tengah praktikal tu.
Selain takde kawan, myra dengan staff situ mcm kurang bertegur sikit.
Mungkin diorang ingat myra sombong kot. Takpun sebab myra hanya student praktikal?
Hmm entahlah biarlah.

Semalam adalah hari yang sangat-sangatlah teruk bagi myra. 
Cerita dia bermula di sini*skema betei ayat -,-* 
Pagi tuh kat rumah dalam pukul 730 pagi myra hanya sarapan roti 2 keping.
Then pergi kerja dalam pukul 8 tu ada sarapan pagi disediakan utk staff.
Myra pun joinlah breakfast pagi tuh.
Actually myra nak ambil je roti telur yg ada dalam bekas tu.
Tp serba salah sebab tinggal satu. Sbb ada staff lain pun mcm nak ambik tp teragak-agak.
Datanglah seorang staff lelaki ni lalu dia menyambar roti telur yang tinggal sekeping atas meja tuh.
Hah terus staff blakang myra ni cakap dengan member dia "Haa tulah kau tu lambat sangat dah orang lain ambik. Haishh. Hahaha"
Myra memang dah agak dah diorang pun nak roti telur tu. Hihi.'
Myra pun terpaksalah ambik capati. Myra tak suka pun capati tu sebenarnya.
Tp nak buat macam mana. Makan jela.

Selesai je makan. Hati pun gumbira sebab kenyang.
Masuk semula dalam offfice, myra diberi arahan utk buat petty cash oleh penyelia kat situ.
Masa tengah buat petty cash tu mula dah rasa lain macam. 
Badan pun macam tak selesa je masa tu.
Tapi gagahkan diri juga siapkan petty cash tu. Dia guna ifca.
Ifca tu mcm sistem komputer utk kita buat akaun.
Dulu masa kat poli myra belajar ubs. Haa lebih kurang je.
Tp pada pendapat myra lah kan guna ubs tu lagi senang kot dari ifca.
Sbb ifca rumit sikit. Kalau salah tekan habis semua hilang.
Di sebabkan myra asyik salah tekan, dua tiga kali jugaklah myra kena buat transaction tu semula.
Time tengah buat tu dah rasa mual. Nak muntah.
Tapi myra tahankan aje.

Sampailah waktu lunch. Myra tak keluar pergi makan pun. Sebab takde kawan. Kalau bawak bekal pun takde siapa nak ajak makan skali.
Sedihkan hidup myra? Hmm :'(
Waktu lunch tu myra rasa mengantuk sangat. Dari pagi lagi mengantuknya.
Myra pun lelapkan mata sekejap. Lepastu myra terjaga.
Terus rasa nak muntah. Mmg tak tahan sesangat dah! 
Myra cepat-cepat pergi toilet. Tak sempat sampai toilet, myra terus muntah.
Habis tudung dengan baju myra kena.
Bukan tu je, lantai kat luar tu pun kena sikit.
Ada staff lalu situ tanya siapa yg muntah. Myra pun keluar dr toilet cakap myra yg muntah.
Mujurlah staff tu baik cakap takpe. Myra igt nak cuci sendiri then dia ckp takpe.
Lepas masuk dalam office balik rupenya semua org tahu.
Malunyaa :'(
Staff yang tolong myra tadi caring sangat siap tanya nak ubat ke tak.
Tak lama lepastu myra muntah lagi. Taktahu gastrik ke apa.
Sbb sekarang ni pun myra rasa sakit perut lagi.
Hmm tak lama lepastu myra mintak balik awal sebab mmg tak larat sangat dah. 
And harini pun myra dapat mc. So pengajaran buat myra. All the blame should put on me. Sbb myra sendiri yang tak makan tengah hari.


Apa yang jadi semalam myra akan jadikan pengajaran. Myra nak naikkan semangat myra yang dah hilang. Semuanya semenjak myra mula praktikal. Myra rasa takde keyakinan diri. Rasa terpinggir.
Mungkin salah myra sendiri jugak sebab tak pandai nak bertegur dengan staff situ.
Mmg myra jenis pemalu sikit. Susah nak bertegur. Mulai besok myra akan bawak bekal and makan kat pantry. Takpelah kalau makan sorang-sorang pun. 
Asalkan tak jadi mcm ni dah. And abaikan orang sekeliling kita.
Sentiasa berfikiran positif and tunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Dan yang paling penting, Allah sentiasa di sisi kita. Doa dan tawakal kepada-Nya.
Myra redha dengan apa yang terjadi :')




2 comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik Asmira Zulkafli