Saturday 15 December 2012

Runningman? Oh yeah!

Ehem ehem.
Testing-testing.
One two three.

Assalamualaikum and hai semua! Apa khabran pun?
Sihat ke semuanya? Harap-harap sihatlah hendaknya ;) 
Myra? Alhamdulillah sihat :)
Okay, harini myra nak cakap pasal tu. Alah tu. Alah yang korang ADDICTED sangat tu.
*Menaip sambil memuntal-muntalkan rambut*
Apa lagi kalau bukan RUNNINGMAN. Haaaa.
Sebut je pasal Runningman mesti dalam kepala korang fikir.. *Jongkook, Kwangsoo, Jihyo dll* 
Kan kan? Mostly yang addicted sangat dengan Runningman ni mesti terdiri daripada kaum hawa kan?
Jeng jeng jeng *menaip sambil senyum kambing sbb aku salah sorang daripadanya*
Fyi, myra ni bukanlah addicted dengan KPOP pop pop tuh.
Myra cuma addicted dengan Runningman sahaja.
Okay hightlight sikit. RUNNINGMAN SAHAJA.
Myra tahu ada dikalangan kaum hawa kita ni addicted gila dengan KPOP kan?
Sampaikan nama ahi setiap kumpulan tu pun hafal! Walah walah.

Al kisah kawan yang addicted dengan KPOP.
Myra ada sorang kawan ni. And dia dulu satu blok hostel dengan Myra.
And kitorg still berkawan sampai harini. Adalah satu haritu myra duduk dengan dia.
Dia datang siap bawak external dia. Bila bukak external dia.
*Bling-bling mata bersinar-sinar* Pergghh banyak gila kot unsur-unsur KPOP dlm external dia tuh.
Mmg gila ley. External dia full dengan KPOP je.
Sebut je nak lagu apa, movie apa, drama apa, semuanya ada dalam external dia tuh.
Semuanya KOREAN POP okayy.
Then lepastu kitorang tengoklah Runningman sama-sama.
Pohpaleh weh, dia boleh tanya nama artis korea dekat myra. Myra pun haa a'ah dia la tu.
*Padahal taktahu pun tp buat-buat tahu hee (^_^)v*
Lepas satu-satu cerita Runningman kitorg tengok.
Semuanya dia kenal retis-retis korea tu. *Terbeliak bijik mata*
Tudia, dasyatlah gadis-gadis malaysia nih. Boleh igt nama retsi korea.
Padahal myra tengok muka sepesen je. *erti kata lain se-fesyen* Haha
Kalau nak suruh myra teka memang taklah :p

Okay cukuplah cerita pasal kawan yg gila kpop pop pop tu *baling mercun pop pop kang baru tahu*
Berbalik pada cerita asal tadi. Pasal Runningman.
*Okay nama setiap ahli Runningman myra hafal :p*


Sanggup puase video semata-mata nak capture semua ahli runningman :o

Setiap ahli dalam Runningman tu ada 7 orang.

1. Kwangsoo (Giraffe)
Nak tahu kenapa Myra letak nama Kwangsoo atas sekali. Sbb myra suka gila kat dia. Muahaha
Bagi myra Kwagsoo ni cute sesgt. Plus, dia memang pandai berlakon =.=
Kwangsoo ni jenis "betrayed" atau erti kata lain pengkhianat. *Alahai kejamnye ayat tuh --'*
Dia ni suka khianat kawan dia sendiri. Dan dia paling tak suka dengan Jongkook! Hehe.

2. Jongkook (Tiger)
Kenapa myra letak Jongkook yg kedua? Sbb Jongkook ni kegilaan para gadis diluar sana tak kira bangsa apa sekalipun! Jongkook ni diketegorikan lelaki paling kacaklah dalam Runningman tuh. Bukan kacak je, tengok badan dia. Tough cuoollsss! Dia ni hebat jugak dalam setiap task yg diberi.

3. Jaesuk (Grasshopper) 
Dia ni boleh dikatakan penyeri jugaklah dalam Runningman ni. Kalau takde dia maybe suram sikit kot. Sbb dia ni pak lawak, ramah, gilos-gilos *mereng sikit*, kaki joget. 
Dia ni selalu kena jadi spy. So setiap kali ada task, bila ada spy, diorang mesti syak Jaesuk!

4. Gary (Taktahu apa nickname dia maybe Stress~ kot :p)
Streessss~ Haa itu treadmark dia. Rasanya yang tengok Runningman ni mest tahukan? Gary ni kelakar. Dia ni blur-blur sikit orangnya. Malah, dia ni suka bangun lambat!
Setiap pagi, dia lah yang paling lewat sekali bangun! Heishh Gary-gary *sambil menggelengkn kepala*
Gary ni di gosipkan dengan Jihyo *fewit monday couple okayy*

5. Jihyo (Ace)
Dalam ahli Runningman, Jihyo ni sorang je perempuan. Masa mula-mula myra tengok runningman, myra igt Runningman ni semua lelaki. Rupenya da sorang perempuan.
 Hm myra tak pastilah apa keistimewaan dia. Yang myra tahu Jihyo ni cute sesangat! >.<

6. Haha (Apa eh nickname Haha ni? --")
Haha, tu bukan gelak okay. Yep nama dia Haha. Unikkan? Hee :D
Haha ni sangat kelakar orangnya. Trend rambut terbaru dia skarang nih belah tengah.
Okay mmg kelakar. Bukan kelakar je. Menyampah pun ada! Hahaha.

7. Suk Jin (Big Nose Brother)
Dia ni rasanya yang paling tua dalam group ni. Muehehe. Hmm myra taktahu apa keistimewaan dia.
Rasanya yang tak menonjol antara diorang ni maybe Suk Jin kot. 
Hee siapa peminat dia ni jangan marah okay :p 

Apa-apa pun Runningman memang ohsem gila. 
Ramai yang tak minat KPOP atau spesies dengannya cakap
"Eleh watpe tengok Runningman tu buang masa je."
"Eh tak eloklah layan cerita korea tu semua. Rosak akidah"
dll
Hmm bagi pendapat myra lah kan, biar layan runningman kat rumah
daripada keluar rumah merayap, melepak,
takpun layan cerita melayu yang ending dia sepesen --"
Tak gituh? :)

Note: Sampai di sini sajalah myra nak celoteh. Sorry kalau ada yang terasa dengan entry myra kalini.
Terutamanya yg memang tak layan korea langsung. Haha byebye ;p




No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik Asmira Zulkafli